PELABUR EMAS PERAK

August 27, 2011

Semalam beday asyraf yg ke4 thn


Assalamualaikum..


Harini ramadhan ke 27,mesti ramai yg dah balik kampung kan..pastu blog semua tak berhapdet la jawabnya..saya belom balik lg..still kat umah..maybe balik pagi raya kot..lambatkan...
Dan semalam beday anakku yg ke4 asyraf atau abg lang..
hapy beday abg lang..semoga menjadi anak yg baik,cerdik dan soleh..
Jom layan gamba dia dari kecik smapai skang dah 4thn..

ni masa 7bulan rasanya..


setahun lebih


time ni almost 2 thn kot..

sempatla jugak buat kek ben 10 utk beday boy..



ni la dia beday boy yg baru bangun dr beradu..rambut tak hengat dunia tegak pastu degil..tp kadang2 dia ni suker tolong jg adik dia adam..tolong bg air,tolong bukak petiais..heheheh..


okies..jap gi saya gi jenjalan umah kenkawan ek..
oppss..lupa lak..SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN UTK SEMUA...
babai..

August 25, 2011

Cerita tentang bidadari syurga


Assalamualaikum..saje nak kongsi ngan para isteri2 luar sana..cuba luangkan masa anda 10 minit utk baca ni..sgt menarik dan membuat saya tersenyum sampai telinga..kena baca satu2 tau,sebab nnti tak paham...ini saya copy paste je dari search google tadi..
Harap dpt bantu isteri2 diluar sana yg musykil pasal bidadari syurga nih..saya pon 1st time dgr pasal ni..artikel ni diselitkan dgn lawak sket supaya tak boring membaca nya..


Cemburu dan Bidadari syurga 
"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada
bidadari?”

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah),
sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz
Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..
Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa
yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak
nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang
paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan
‘bidadari’, aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?
Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.
Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa
suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap
kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah
tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada
menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita
menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup,
majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang
masih lemah imannya..”

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..
Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang
bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham
pun bila mendengar atau membaca Qur’an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan
bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.(part ni lawak sgt)..
“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin.
Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita
ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari.
Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan
mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat
bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika
bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan
bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam
gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami
takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus
kalau tiada saingan?

Tidak juga.
Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di
langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik
sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak
dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh
mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari
yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami
anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di
mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah
Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak
halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah
berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu
mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
“sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia
mereka”.

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan.
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa
merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat
sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan
HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang
sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys
only. ;-j


Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani
bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.

Betul?
Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni
syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan
bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang
wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith
yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak
memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau
dahaga..”. (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa
minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan
mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua!
Biar kami pula ambil alih!”
…mungkin itu yang mereka kata.

“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!”
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )
“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah,
ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu
diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi
keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan
perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka
warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan,
niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah
dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada
ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi
yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang
diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda
tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak
’search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan
terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta
aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik
pecat orang (”you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta
kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah
saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh
didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian
Wanita.

“Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?” ..cheh. Ada sorang minah yang baca
artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
“Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah,
sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi,
dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi
”.

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang
terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi
mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu
senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat
yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada
yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada
sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak
antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit
dan bumi.”

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu
isra’ dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia
yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada
mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga
setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi
sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil,
tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat
mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun
kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah
bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua,
barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang
kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat
perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita
lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah
bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih
mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli
syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu,
pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda
akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas!
Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada
berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal
dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping
la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh
bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira
dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka
berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan
dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga
akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun
belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik
kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat,
mengatasi kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk
melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap
minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan,
kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping
dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan
sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? 

..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja.. ;-j
Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan
tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego
dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.
Qaalu salaaman-salaama~

Lelaki dan wanita saudaraku sekelian.. MARILAH MENUJU KEJAYAAN !!!

________________________________________________________

Best kan artikel ni..sgt tersentuh dan dlm masa yg sama kelakar so takde la boring sgt..tak sangka begitu keindahan syurga ni kan..Insyaallah sama2 lah kita berusaha utk menikmati keindahan alam syurga yg Allah janjikan..barakallah...

August 23, 2011

Mood mengukis datang


Assalamualaikum..

Alahai lamanya blog saya ni tak berhapdate..rumah kenkawan lama saya tak nyinggah..sory yer..pasni saya singgah..rasa macam tak bermood nak hapdet..maybe sebab mood raya datang kot..kemalasan yg amat...tp saya ni jenis yg kalau rajin,hari hari saya hapdet,tapi kalau mood malas itew datang,langsung tak hapdet..tu yg blog bersawang tu..

Sehari dua ni mood kemalasan hapdet telah bertukar menjadi mood kerajinan mengukis pulak..ntah ape tetiba rajin pulak tak tau la..cam saya cakap tadi kalau mood rajin datang memang semua benda saya suke buat..so terjadi la biskut conflakes rangup atau dlm omputehnya crunchies conflakes cookies...



boleh la sket2..saya bukannya expert bab buat kuih ni..tapi kalau setakat nak buat yg simple,senang dan cepat ni lah dia kuihnya..kung klang kung klang...tak sampai 2jam dah siap..



dapat la lebih kurang dlm 80 hingga 90 biji..

nak resepi ker..ok lah amik ni..

Crunchies conflakes cookies

Bhn2 nya
1)150gm butter
2)80gm gula kastor
3)1bj telor
4)50gm tepung jagung
5)180gm tepung gandum
6)80 gm conflakes(dikisar kasar dan di ramas dlm plastik)
7)esen vanilla

Cara nak buatnya

Pukul butter dan gula sampai gebus dan kembang,masukkan telor dan esen..pukul lagi sampai agak agak mesra dia sket,pastu masukkan tepung jagung,pukul lagi..ok skang masukkan tepung gandum pulak..pukul dan pukul lagi..masukkan conflakes yg di kisar kasar tadi..pastu gaul dgn spatula sampai sebati..dah jadi doh,rehatkan dlm petiais dlm 20minit..ok..pastu buatkan bulat2 dan salutkan dgn conflakes yg di ramas tadi..
bakar 175 darjad celsius dlm 10-15 minit,ikut kesesuaian oven..dah siap.. 


Cuba la..sebab budak2 mmg suker biskut ni..mana tau anak2 uolls pon suker kan..saya tahu mmg boleh beli kat mana2 biskut ni..tapi bagi saya kalau buat sendiri lebih puas hati..rasa cam sonok sgt dpt buat kuih walaupon satu jenis jer...hik hik hik...

August 18, 2011

dah soping baju raya anak2 ke..


Assalamualaikum..

Minggu lepas sehari sebelum anak2 kena campak,kami dah gi soping baju raya dorang..pegi kat jusco je,tapi belum complete lagi..baru abang long ngan abg ngah je dapat..saya pegi belah malam lepas buka kat mekdi tapi malam pon ramai jugak.. kalau gi siang takut budak2 tu penat pulak kang..

lagi satu masa suntuk sgt sebab tu tak sempat nak beli sekali one shot..so kita beli part by part la kan..sok boleh la beli tuk asyraf n adam pulak..tensen btul la bila kita tgh pilih baju,dorang pulak main lari berkejaran sesedap rasa kat situ..maka terjadilah sessi tarzan menjerit melalak kat situ..malu aii tau..tak penah lah dok dendiam..haishh..saba je..




ni belum part mama punyer baju lagi..mama punya mesti kena survey 2 atau 3 tempat dulu, then baru pilih yg terbaik..kena tgk bajet nya jugak..
sama macam tahun2 yg sudah saya mmg tak tempah baju raya,tapi beli dah siap je..senang..byk pilihan..saya prefer pakai baju kurung moden masa raya..memang suka pakai baju kurung moden..kebaya saya dah kureng sket skang..tapi zaman anak dara dulu mmg suker kebaya..tapi bila dah beranak pinak kebaya bukan lg pilihan saya..
okies..nak jln umah kenkawan..


nota mama: uolls cemana suke baju kurung biase ke,bj kurung pahang ke,
kebaya ke..atau tak kurang yg suker pakai jubah kan..


August 17, 2011

Lama tak bersiaran


Assalamualaikum..

Salam 17 ramadhan semua..
dah empat hari saya tak bersiaran
maaf..bukan taknak update
tapi masa yg tak mengizinkan saya utk berbuat demikian

sebab yang terbesar sekali ialah semua anak2 kena demam campak
termasuk suami..dah tua baru nak kena
kecuali saya sorang yang tak kena
hari ni masuk 5 hari dorang kena campak

Alhamdulillah..semuanya hampir pulih
chiken pox tu pon dah hampir nak kering
tggu masa nak terkopek sendiri dan jadi parut
nampaknya raya kali ni muka memasing akan berparut la

dah 5 hari anak2 terperap kat rumah...
asyraf malu nak kuar rumah n ikut saya ke kedai
sampaikan dia kata..
"ala..abg lang malu la kuar mama..nnti orang semua tgk muka
hehehe...saya hanya tersenyum..
pastu saya kata "takpe..biarlah org tengok..buat tak tahu je..

dan dah 5 hari la jugak tak terjah ke rumah kenkawan semua
rasa rindu pulak kat korang
tunggu...jap lg saya sampai ea...
okies ..babai..

August 11, 2011

Dugaan bulan ramadhan


Assalamualaikum..


Dua minggu lepaskan anak sulong saya aiman kena demam campak kan
arini pulak anak ke3 saya asyraf dan papa nya pulak dah kena
dah keluar bintik2 merah yg berair pada badan dia
aiman baru je baik seminggu
skrang adik dan papa nya pulak

Hai...saba jelah
dugaan bulan puasa ni utk kuarge saya
lepas sorang sorang kena
takpelah..biar kena semua
nnti dah besar,susah nak kena lg..

mengikut kata mak,saya dah penah kena campak
masa umo 6thn
so susah la nak kena lagi
harap saya tak kena lg sekali
sebab kalau saya kena sapa nak take care dorang pulak

kalau kami anak beranak kena berturut turut
alamat tak berayalah kami
beraya kat umah sendiri la jawabnya
hurm..dugaan....dugaan..

August 9, 2011

Alhamdulillah..setengah bulan pon sapa nak bagi..


Assalamualaikum..

Sebenanya semalam saya rasa lemau sket
tapi bila petang rasa lemau tu bertukar jadi semangat
apa taknya..kjaan bg bonus pd penjawat awam stengah bulan
Alhamdulillah...setengah bulan pon sapa nak bagi
bersyukur jer penjawat awam di luar sana

sebab selama beberapa tahun ni
mana ada kjaan bagi setengah bulan
paling cikai pon bg wang sagu hati rm 500
so bersyukur jelah..

kat luar sana maybe ada company yg tak bg bonus langsung
tp janganla nak bandingkan kjaan dgn company besar
macam bank rakyat ke,maybank ke,pertonas dan sebagainya..
bank rakyat contohnya..dorang kaut untung berjuta..
so harusla staff nya dpt bonus 6 bulan kan..

walaupon saya tak keja
tapi sedikit sebanyak saya terkena tempiasnya
sebab suami pon penjawat awam
bukan setahon dua..tp dah dah 11thn jadi gomen staff


okies..nak jalan2 umah kengkawan jap,setelah semalam langsung tak bw..


p/s:tgh pikir2 nak deco deco umah saya ni sempena raya..

August 5, 2011

bila la nak dapat bubur lambuk kg baru


Assalamualaikum..

Dulu zaman saya dok kl,selayang..
dapat jugak merasa bubur lambuk kg baru
kalau tak pegi amik sendiri...ada la jiran yg rajin pegi amik
dan bg kami 1 bungkus..

skang ni rasa mcam nak merasa bubur lambuk kg baru
amboi ngalahkan org pregnant plak kan..hehehe..
bubur lambuk dia mmg mantap dan terkenal..
tu pasal ogr sanggup berator panjang hanya utk amik bubur  kat sini..

tp hari rasa tingin sampai dah kemuncak nya
cemana saya nak usahakan ajak en suami ke sana
mlm ni nak ke kl
sok nak berlotak ke ipoh umah MIL

sumber google


so ade baiknya kalau saya ajak en suami singgah ke sana
itu pon klu di nak la lah kan
tp nak berator panjang tu yg malas
tengokla cemana

okies..nnti saya jln umah kenkawan yer..
babai..

August 4, 2011

Nak tayang jugaklah..


Assalamualaikum...

Sana sini semua tayang menu berbuka..so saya pon nak tayang jugakla...
jangan terliur pulak ye..ala setakat menu picisan saya ni sapa yg nak terliur
semalam kan saya nak masak ikan kembung sweet sour
tapi tak jadi guna ikan kembung,so di gantikan dengan ikan bawal

ikan bawal +sayur campur
dessert puding roti yg tak berapa nak jadi
gara2 oven yg buat hal(ceh salahkan oven pulak)
oven tu saya dah pusingkan atas bawah(both)
tapi dia masak atas je..





yg bawah masak,cuma tak berapa garing
atas je garing
hik hik..tapi semngat nak cuba harus ada
rasa puding roti tu ok jer..sedap jugak
takpe nnti nak cuba lagi



last but not least air tembikai


Alhamdulillah..itu menu berbuka kami..kenyang..
walaupon simple..


p/s:arini menu apa pulak..hurm...




August 3, 2011

3 Ramadhan~tak tau nak masak apa


Assalamualaikum..


pejam celik dah 3 ari pose..dan tiga ari jugakla saya memerah otak pikir nak masak apa
bukan sebab tak tau masak tau...
tapi sebab saya nak masak yg lain sket dr hari biasa
setakat nak masak lauk2 biasa tu hari2 biasa pon boleh


niat dihati nak buat puding roti
mmg tingin btul nak buat sebab senang n simple
tp tu utk desert la..
buat makan lepas en suami terawih kang




sumber cik google


time tgh taip ni pon dah meleleh air liur
ada ikan kembung dlm peti ais tu nak buat masak apa
masak sweet sour lah nampaknya..
ade idea lain tak?..tp bukan masak lemak cili api,kureng sket masak tu
pastu sayur campor ok tak..


memang dalam kepala skang terlintas nak masak semua masakan
tapi time berbuka kang bukan larat nak makan semua
so kene plan setiap hari nak masak ape..
bg yg nak beli belah ke pasa ramadan kang tak yah la nak pikir masak ape ek
tp surirumah cam saya harus kene pikir nak masak pe tuk berbuka


kalau ikut anak2 saya plak mmg nak beli je tiap hari..
mau kopak di buatnya
kalau 3kali seminggu ok la
tp mmg saya dah terap kan pada dorang supaya tak blh beli selalu




ok lah..nak google jap

August 1, 2011

Salam Ramadhan untuk semua


Assalamualaikum...


Lama tak hapdate..masa sangat mencemburui saya..sibuk sket dgn anak2 yg tak sehat..dgn aiman yg kene demam campak..tima kasih pada mereka yg bagi petua dan cite pengalaman kene demam campak aritu..sedikit sebanyak ianya membantu saya..
Sory lama tak menjengah ke rumah kenkawan semua..arini dah pose..so selamat berpose semua..semoga ramadhan kali ini akan membawa seribu keberkatan dari Allah swt..Insyaallah..
Alhamdulillah setakat ni aiman yg kene demam campak aritu dah beransur pulih,dia pose arini walaupon chiken pox masih ada lg..hopefully betahanla..
mood masih ngantok sket sebab bangun prepare utk sahur kul 4 pagi..

sumber cik google..

Takde cite yg menarik weekend hari tu,cuma kami pegi makan2 kat tempat yg rasa tingin nak makan sebab nak merasa sebelum ramadhan ni..kami pegi makan di Restoran Anje Nasi Beriani Gam Johor kat bangi..ni sebab tingin punyer pasal la ni..
Restorannya terletak lebih kurang 5minit dari UKM bangi..harga pon berpatutan walaupon kene beratur sampai luar sanggup hanya kerana nak makan sini..

sumber cik google

oklah..itu saje yg boleh dikongsikan..selamat berpuasa semua..babai..


p/s:Uolls dah plan ke nak masak ape arini utk juadah berbuka..saya macam tingin nak buat nasik minyak+ayam masak merah+kuah dhall..hurmm...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...